Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Featured Posts

  • pesta kaamatan

    merupakan pesta yang diraikan selepas musim menuai padi..

  • Unduk Ngadau

    unduk ngadau atau pertandingan ratu cantik adalah pertandingan yang dijalankan untuk memperingati k\pengorbanan Hominodun

  • alatan muzik tradisional

    peralatan sebegini sering digunakan ketika majlis-majlis keraian...

Tuesday, November 15, 2011

Momohizan

momohizan merupakan upacara yang sering dijalankan ketika pesta kaamatan. tujuan perayaan ini dijalankan adalah untuk memuja semangat padi untuk membantu menyuburkan dan menghalang padi daripada terkena serangan penyakit. pada kebiasaanya dirayakan di rumah kaum keluarga kaum kadazandusun yang berada. manakala yang kurang berada akan meminta supaya golongan berada mendoakan mereka bersama-sama.

Asal Usul Pesta Kaamatan

pesta kaamatan turut dikaitkan dengan Hominodun. kisah Hominodun memang popular dalam kalangan penduduk Kadazan-Dusun. rentetan kisahnya adalah seperti berikut.

ØKinorohingan (Tuhan) dan Suminundu (isteri Kinorohingan) mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Hominodun.
ØDemi menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, Kinorohingan telah mengorbankan anaknya.
ØHominodun telah dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya.
ØMenurut cerita, kononnya, mayat Hominodun telah mengeluarkan berbagai-bagai jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang.
ØMulai saat itu upacara Pesta Kaamatan disambut sebagai penghargaan terhadap Kinorohingan (tuhan) kerana relamengorbankan anaknya demi kepentingan kaum Kadazan-Dusun daripada kebuluran.

Thursday, November 10, 2011

pesta kaamatan?

pesta kaamatan atau dalam bahasa Kadazan-Dusun dikenali sebagai Magavau. pesta yang disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun ini diadakan bertujuan untuk menghormati dan penghargaan terhadap Bambozon (semangat padi) agar rezeki datang akan tambah baik dan lumayan. pesta ini diadakan selepas musim menuai padi. jika zaman dahulu ianya hanya diamalkan oleh kaum kadazan-dusun sahaja namun kini pesta ini disambut oleh seluruh rakyat di Sabah.